Gambar-gambar ini diambil semasa berada di Tomita Farm, Furano. Furano terletak di Hokkaido, pulau paling atas di Jepun.
Untuk pergi ke Furano, dengan kereta mengambil masa selama 2 jam dari Sapporo City sekiranya anda tidak sesat dan tidak berhenti mengambil gambar disepanjang jalan. Di Tomita Farm,anda boleh mencuba pelbagai soft cream,antaranya perasa lavender (sekali rasa macam makan sabun ), ataupun mixed melon.